maaf..maaf..maaf..

maafkan aku duhai hati
maafkan aku duhai diri
kekadang aku bertindak mengikut perasaan..
sehingga bisa memusnahkan diri..
bukan suatu kesengajaan
tetapi satu kebetulan..
mungkin aku hanya takut..
terlalu panik..
kadang kala aku sendiri menjadi tidak betah dengan diri sendiri..
tapi apakan dayaku..
itulah diriku..
seawal aku dicipta..
masih jua aku begitu...
sehingga kini..
maafkan aku..maafkan aku..maafkan aku..

9 GOLONGAN ORANG YANG BERSEMBAHYANG

1) Golongan yang tidak bersembahyang. Golongan ini menurut hadith tergolong di dalam Golongan yang Kafir (ingkar).
2) Golongan yang mengerjakan sembahyang tanpa ilmu. Tidak kenal syarat sah dan rukun solat. Mereka ini adalah Golongan yang Jahil.
3) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, faham tentang ilmu sembahyang tetapi oleh kerana tidak boleh melawan nafsu dan godaan dunia, mereka mengerjakan sembahyang secara tidak istiqomah. Inilah Golongan Fasik.
4) Ada golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang walaupun ilmunya tepat, tapi waktu mengerjakan sembahyang tidak khusyuk dan cuai. Ini adalah Golongan yang Lalai.
5) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang bertepatan dengan ilmunya, kemudian dapat menumpukan bacaannya di setiap perkataan dan lafaz yang diucapkan, tapi tidak pula dapat memahami setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan. Ini adalah Golongan Awamul Muslimin (orang awam).
6) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang sentiasa tarik tali di antara mengingati bacaan sembahyang dengan tidak. Ingat dan lalai silih berganti, mereka tidak mahu begitu tapi terjadi juga, maka terpulanglah kepada ALLAH Taala. Inilah Golongan Mujahadah.
7) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang selain ilmunya tepat, dapat mengikut makna-makna setiap perkataan yang dibacanya di dalam sembahyang. Inilah Golongan Orang-Orang yang soleh.
8) Golongan ini sama seperti golongan yang ketujuh tadi, tapi kelebihannya mereka dapat menghayati dan menjiwai setiap makna atau pengertian yang dibaca pada setiap perkataan atau lafaz yang dibacanya. Inilah Golongan Muqarrabin.
9) Golongan ini selain dapat memahami dan menjiwai setiap makna sungguh-sungguh hingga asyik, mereka tenggelam dan mabuk dengan Tuhan sama ada mabuk takut atau mabuk rindu hingga alam sekelilingnya dan dirinya tidak disedarinya lagi. Inilah Golongan Siddiqin.

Hanya sembahyang golongan yang ketujuh, lapan, dan Sembilan sahaja yang benar-benar dapat membina peribadi agung. Berusahalah agar sembahyang anda dapat ditingkatkan sehingga ke peringkat tersebut kerana sembahyang peringkat inilah yang akan dinilai oleh ALLAH SWT.

DAMBAAN CINTA

UNGKAPAN KATA SELINDUNG HASRAT NAN DI HATI
ANDAINYA DITAFSIR TERSERLAH MAKNA YANG TERSEMBUNYI
RENUNGAN MATA BUKAN PANDANGAN BIASA

BERTAHUN ANDAI TERJALIN HINGGA WAKTU INI
GURAUAN MESRA MENGHIASI MASA TIKA BERSAMA
SEMAKIN BERPUTIK PERASAAN INI

KINI BARU KU SEDARI
SELAMA INI KAU KU SAYANGI
ANDAI BUKAN ITU HAKIKATNYA
MENGAPA RINDU YANG KU RASA
MUNGKIN TIADA KU FAHAMI
TIDAK DAPAT KU NAFIKAN LAGI
BEBAN RAHSIA KIAN MEMBAKAR DIRI

KALIMAH CINTA SELONGKAR RELUNG NAN DICITA
MUNGKINKAH DIBIAR TERDAMPAR KASIH TAK KESAMPAIAN
NALURI BISIK BUKANNYA DAMBAAN CINTA

IKHLAS KU NYATAKAN
KAU YANG KU SAYANGI
KAU YANG KU CINTAI
WALAU TAK MAMPU KU MILIKI
INGIN KU LUAHKAN MUNGKIN SATU HARI
KAN TERBUKA PINTU HATI
DAPAT JUA KAU TERIMA
DIRIKU AKHIRNYA

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang....sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardka n email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

PERIHAL SYAITAN & SEKUTUNYA.

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
1- Seorang yg pemarah
2- cintakan dunia
3- kebodohan / enggan menghadiri majlis ilmu
4- suka berangan angan kosong
5- tamak
6- bakhil
7- suka pada pujian
8- riak atau sombong
9- ujub (merasa kagum)/takbur
10- jiwa yg penakut dan selalu gelisah
11- selalu buruk sangka
12- memandang rendah pada orang lain
13- suka berbuat dosa
14- tidak takut akan pembalasan "ALLAH"
15- putus asa / lalai daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan
1- Mengamalkan ungkapan Bismillah pada perbuatan
2- Banyakkan berzikir
3- Banyakkan Beristigfar
4- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
5- Jangan tidur berseorangan
6- Baca doa pagi dan petang ( selepas solat dsbnya )
7- Selalu Bersugi
8- Melaksanakan solat jemaah
9- Berwudhuk sebelum tidur
10- Menutup aurat
11- Membaca doa masuk tandas.
12- Banyak berselawat pada hati
13- Selau bertaubat & beristighfar
14- Banyakkan membaca Al-Quran
15- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah2 yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih dari kotoran
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir /ahli rumah menegakkan solat
- Penghuninya jujur dan tidak berdusta
- Penghuninya memakan makanan yang halal dan dari punca yg halal
- Penghuninya mengekalkan silaturahim
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

hidup aku

dalam hati aku hanya ada dia..dia yang pertama..akan tetapi hatiku tersalah...tersalah perhentian.kerana hatinya juga telah menerima insan lain..aku hanya pasrah..walau hati pedih,walau hati terluka dan sakit..aku berharap agar diri semakin tabah..

sunyi!

Sunyi! Aku sunyi!
Pandang ke kanan
Pandang ke kiri
Ramai manusia…
Tapi mengapa aku masih sunyi?
Aku tak tahu apa yang aku cari
Apa yang aku mahukan

Bila sampai sampai waktu makan, aku makan
Bila sampai waktu tidur, aku tidur
Semua perkara yang ku lakukan…
Sama setiap hari…
Ramai orang, ramai teman…
Tapi aku masih sunyi..
Mengapa?

Hari semakin berganjak…
Dan hati semakin bergolak
Mencari kepuasan dalam diri..
Menyelongkar titik sunyi…
Supaya bisa diterobosi..
Menyirnakan kesunyian diri

cinta?

Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita,
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta...

HARI INI

Hari ini ada orang beri nasihat kepadaku. Tentang jodoh dan perkahwinan..dia kata bukan hanya lelaki yang boleh memilih. Perempuan juga. Ada empat perkara yang harus dipertimbangkan. Agamanya, keturunannya, parasnya dan akhlaknya. Aku kagum dengan orang itu sebenarnya. Dia bagi aku terlalu baik.. aku malu dengan diri sendiri kerananya. Terasa begitu kerdil aku jika hendak dibandingkan ilmu dan peribadinya dengan diriku.

Perkenalan kami adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Aku sendiri lupa bagaimana bermulanya perkenalan kami. Kerana pada masa itu, aku belum pernah melihat wajahnya, maka aku tersalah pengertian. Aku fikir dia adalah temanku yang sedang melanjutkan pelajarannya di Mesir. Nama yang sama, belajar juga di tempat yang sama. Mujur aku secara tidak sengaja bertanyakan tentang kepulangannya ke johor. Barulah aku tahu bahawa teman yang sering aku hubungi itu bukanlah temanku yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir. Dia adalah orang yang berbeza. Dia tinggal di perak. Memiliki rupa paras yang biasa sahaja tetapi sedap mata memandang. Sampai ke hari ini, saat aku menulis di sini, aku masih belum mengingati bila pertama kali aku mengenalinya. Ingin sekali aku mengingatinya. Tapi aku tidak bisa. Siapa dia sebenarnya? Bagaimana sebenarnya perkenalan kami ini? Hmm…

Cahaya ayat Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberipertolongan kepadanya.



Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,

Rasulullah S.A.W.bersabda, "Sampaikanlahpesanku biarpun satu ayat..."


"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untukDunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKATuntuk Akhirat-mu"


Subhanallah...

SEBUAH CERITA TENTANG SEORANG IBU DAN ANAK

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik
Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya. Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya.
Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan ter bayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu...

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri.. Dunia ini memiliki banyak keajaiban , segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother

" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA"
Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu. Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........
"Wahai Tuhan ku tak layak kesyurgaMu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


AMIN .

Renungkanlah......semoga mendapat iktibar...

email sy bercerita

Satu Penjelasan Terbaik Kenapa Allah Memberi Kesakitan Dan Penderitaan Seperti Yg Telah Kita Lihat:
Ada Seorang Lelaki Pergi Ke Kedai Gunting Rambut Utk Menggunting Rambut Dan Janggutnya. Apabila Barber Itu Memulakan Tugasnya, Mereka Pun Berborak Dan Bercakap Mengenai Byk Perkara.Tapi Bila Mereka Mula Berbicara Mengenai Allah,Barber Itu Pun Berkata,
'' Saya Tak Percaya Allah Itu Wujud.''
''Kenapa Kamu Kata Begitu?'' Tanya Si Lelaki Tadi.
'' Cuba Kamu Keluar Di Tgh Jln Itu Dan Tunjukkan Pd Saya Bahawa Allah Itu Wujud. Kalau Betul Allah Wujud,Kenapa Ramai Sgt Org Sakit Kat Luar Tu?Kenapa Masih Ada Kanak2 Yg Terbiar? Kalau Betul Allah Wujud,Dah Tentu Tiada Kesakitan Dan Keperitan Hidup Dlm Dunia Ni. Saya X Dpt Bayangkan Allah Yg Maha Penyayang Boleh Membenarkan Semua Ini Berlaku''.
Si Lelaki Itu Pun Berfikir Sejenak. Tapi Dia Tidak Memberi Sebarang Jawapan Kerana Tidak Mahu Memulakan Pertengkaran. Selepas Barber Itu Menghabiskan Tugasnya, Si Lelaki Tadi Pun Pergi.
Selepas Beberapa Langkah,Si Lelaki Tadi Ternampak Seorg Lelaki Berambut Panjang,Selekeh,Kotor Dan Janggut Tidak Terurus. Si Lelaki Tadi Pun Berpatah Balik Dan Pergi Semula Ke Kedai Gunting Rambut Tadi Dan Berkata,
'' Kamu Tahu Tak Yg Sbnrnye Barber Jgk Tidak Wujud?''
''Kenapa Kamu Kata Mcm Tu? Sedangkan Saya Baru Saje Gunting Rambut Kamu Tadi''.Kata Barber.
''Tidak!'' Kata Si Lelaki Tadi.''Kalau Barber Wujud, Dah Tentu Tidak Ada Org Yg Berambut Panjang Tidak Terurus Dan Kotor Serta Janggut Yg Panjang Dan Kotor Mcm Lelaki Di Tepi Jalan Itu''.
''Ah!Barber Mmg Wujud! Lelaki Tu Jadi Mcm Tu Sbb Dia Tidak Dtg Pada Saya Utk Menggunting Rambutnye!''.Kata Barber.
''Tepat Sekali!''. Kata Si Lelaki Tadi.
''That's The Point!. Allah Jgk Wujud. Itulah Yg Terjadi(Keperitan&Penderitaan) Jika Manusia Tidak Mengingatinya Dan Kembali Padanya Utk Memohon Pertolongan.''
Jadi Jika Anda Percaya Allah Itu Wujud, Tlglah Fwrdkan Email Ini. Jika Tidak,Delete Saje.

HANGAT2!!!PENTING TU...

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. .. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati ... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih.



1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.T erdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan
nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati ... .

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembali kan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempa t mengembalikan wang syiling. mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain.

Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...



Dr Yasmin Anum Mohd Yusof
Associate Professor & Head Dept. of
Chemical Pathology
School of Medical Sciences
USM, Kubang Kerian, Kelantan ,
MALAYSIA .



kalau anda rasa ia nya x penting...x yah ssh2 4ward.... tp klu rasa ianya penting.... anda mmg jenis org yg caring laa.... n bagus bangat....:)

Keberkatan surah al-ikhlas

Bismillahirahmanirahim


email dari kawan
Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

Nota:

Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Wallahu a'lam

Antara Kereta Sport Dengan Sebuah Al-Quran

dari seorang kawan...

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya. .telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... sungguh...bukan itu yg kuhajatkan dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya....terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak.. . ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya. .. sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayah bersuara....pakaiann ya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya 10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak- anak yang sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonny a berdering... dari peguam ayahnya....ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2- nya dengan penuh keharuan...tiba- tiba...jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci....di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya. .. Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku. ...air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang Namun semuanya sudah terlambat... Sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati......

=)

KAU DI GELAR SEBAGAI PENYERI DUNIA
HADIRMU MELENGKAP HUBUNGAN MANUSIA
BUKAN SAJA DIRINDUI YANG BIASA
MALAH ADAM TURUT SUNYI TANPA HAWA
AKALMU SENIPIS BILAHAN RAMBUTMU
TEBALKAN IA DENGAN LIMPAHAN ILMU
JUA HATIMU BAK KACA YANG RAPUH
KUATLAH IA DENGAN IMAN YANG TEGUH
TERCIPTA ENGKAU DARI RUSUK LELAKI
BUKAN DARI KAKI UNTUK DI ALASI
BUKAN DARI KEPALA UNTUK DIJUNJUNG
TAPI DEKAT DIBAHU UNTUK DILINDUNG
DEKAT JUA DI HATI UNTUK DI KASIHI
ENGKAULAH WANITA HIASAN DUNIAWI
MANA MUNGKIN LAHIRNYA BAYANGAN YANG LURUS ELOK
JIKA DATANGNYA DARI KAYU YANG BENGKOK
BEGITULAH PERIBADI YANG DIBENTUK
ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA
DIDIKLAH WANITA DENGAN KEIMANAN
BUKANNYA HARTA
ATAUPUN PUJIAN
KELAK TIDAK DERITA
MENGHARAP PADA YANG BINASA
ENGKAULAH WANITA ISTIMEWA
SEDARILAH INSAN ISTIMEWA
BAHWA KELEMBUTAN BUKAN KELEMAHAN
BUKAN JUA PENGHINAAN DARI TUHAN
BAHKAN SEBAGAI HIASAN KECANTIKAN..