untuk hari ini....

hari nie bertolak ke jb..nk amik jannah kt MJ..leh la singgah jejalan kt zoo..huhu..ade ssesape yg nk ikut?

cinta fana ini hampir membunuh diriku..

setelah hampir sebulan aku ditinggalkan cinta..ditinggalkan atas alasan yg tidak munasabah..kesepian melanda tatkala ditinggalkan dapat aku hakis dengan bermunajat pada Yang Esa..aku syukur Ya ALLAH..aku syukur kini kerana aku telah kembali pulih..aku kini sedar..cinta pada ALLAH itu yang utama..aku jd malu pada diri sendiri..begitu mudah dan rapuhnya hatiku tenggelam dalam keasyikan cinta yang fana..cinta yang tidak membawa makna apa..malah cinta yang haram sebenarnya..aku malu..aku menyesal sgt..aku tidak dapat mempertahankan diriku dr godaan syaitan sehingga menerima cinta yang tidak pasti..cinta yang bukan dr hubungan yang halal..Ya ALLAH..berikanlah aku petunjuk Ya ALLAH...aku syukur kerana telah DISEDARKAN dr perkara yang merosakkan ini..cinta nafsu semata-mata..ALLAH begitu baik pada hamba yang selalu alpa ini..malu yang teramat..andai dapat kuundur masa..setelah sekian lama aku memelihara hati dari kekotoran cinta yang tidak pasti ini,aku akhirnya terjerumus juga..bertahun aku memelihara hatiku..tapi hanya 2bulan,aku memberinya peluang..dan membiarkan dia mencambahkan benih-benih cinta dalam hati sehingga menutup cintaku pada Tuhanku..MasyaALLAH...mujur ia tidak lama..mujur aku tidak terlalu asyik..mujur aku kini kembali sedar..Alhamdulillah...SYUKUR,SYUKUR,SYUKUR....

apakah aku yg bersalah??

dear my heart..aku sedih sgt...aku xtau sama ad aku yg bersalah..aku yg terlalu beremosikah?tapi relevan jika aku yg sensitif..perempuan mana pun tidak akan tahan jk diuji sebegini berat..tiga hari untuk membiarkan dia bersama..aku bukan malaikat..dengan perempuan lain tidak pula begitu..mengapa harus aku yg menahan?aku yg memilih untuk begini..tapi sekurang-kurangnya berilah aku kemaafan..kerana aku tidak tahan berterusan begini..maafkan aku yg tak sempurna...maafkan aku wahai cinta hatiku..maafkan aku sbelum aku tidak berpeluang untuk menerima kemaafan itu..aku juga tidak tahu bila ajalku bakal menjemput..entah esok, atau lusa..siapa tahu..aku redha jk ini kententuannya..andai ini takdir yang harus aku terima..aku redha..mungkin juga cinta ku menjadi seperti cinta sang ratu..cuma bezanya hanya aku yang mendamba..tidak seperti sang ratu yang disayangi dan dicintai oleh raja sunan..YaALLAH..ampunilah aku kerana terlalu tenggelam dalam perasaan..maafkan aku hambaMu yang tidak sempurna ini...
my family is the 1st one:)

alhamdulillah...

final exam kali nie mmg mencabar..padahalkan sem cume amik 5 subjek..sikitla berbanding dengan sem2 lepas..paper 1st,alhamdulillah..dptlah aq jwb ngan jayanya..walaupun adela 1 soalan yg aq xdpt wt..coz lgsung xsentuh....xexpect lak leh masuk yg tue..pengiraan lak tue..mmg syg..aq kn minat kira2 nie..hehe..tp xpelh..insyaALLAH..klu ALLAH izinkan dptlah aq A paper tue..tp paper ke2 agk susahla..aq xdpt rase yg aq bleh dpt A paper nie..aq dh cube sedaya upaya aq..tp yg msuk tue lec xda ngaja pun..xda pun dlm buku..nsib bek yg tue 1 soalan jer..tp markahnye byk..takut lak rase..doa jelah..moga2 ALLAH beri aq keputusan yang baik..moga2 ape yg aq karang dalam tue dlm menambat hati lec yang menanda kertas tue..aq tau..aq dh cube,dh usaha..ALLAH pasti xkan sia2 kan usaha aq tue..memang kalau nk dibamdingkan dengan paper seminar, aq lebih bersungguh2 untuk paper nie..aq tido pun kul 3.30 pagi..mmg aq dh btul2 curahkan semuanya lah..jadi, ALLAH xkan kecewakan aq(hambaNYA yang lmah nie..)hehe..Ya ALLAH..wlu apapun..aq bersyukur kerana semuanya berjalan dengan mudah..:)

~SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM~

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.
1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

*Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

*Soalan sebaliknya, dalam Bible, n ama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ?

*Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

*Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong..

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa .

*Antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?

*'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

*kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

*Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"

*kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

*"habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

*"Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan **** itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan ****?

*Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah .

*Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga?

*Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.



Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.

~CiNTa Sang RaTu~

~Cinta Sang raTu~
~LakSanA laNgiT mEncenGkaM puRnAma~
~ibaRat muTiaRa di LauTan bIrU~
~sAuJana MaTa meManDanG, SeluAs laNgiT TerBenTanG~

~TaTkala CiNta beRbiSik, SuaranYa meMuji Tuhan~
~paBila riNDu teRUsik, RasulNya Jadi PiLihan~

~SamPai mAsa CinTa Jadi TaruHan~
~Sang RaTu meNjaDi PiLihaN~