Yang dikatakan hiba ialah khusyu’ di dalam hati dan sentiasa menangis lantaran takut kepada Allah s.w.t. Ia adalah suatu sifat yang mulia dan usaha yang terpuji. Dengan sifat itu pula, Allah Ta’ala telah mensifatkan para nabiNya a.s serta hamba-hambaNya yang berilmu pengetahuan.
Firman Allah ta’ala:
58. Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis.(Maryam:58)
FirmanNya lagi:
109. Dan mereka segera tunduk sujud itu sambil menangis, sedang Al-Quran menambahkan mereka khusyuk.(Al-Isra’:109)
Rasulullah s.a.w. telah mengkategorikan orang yang sentiasa hiba ini dalam bilangan tujuh golongan yang akan dilindungi Allah pada hari akhirat, di mana tiada lindungan yang lain kecuali lindungan Allah azzawajalla sahaja.
“seseorang yang sentiasa menyebut-nyebut nama Allah dalam masa masa lapang, lalu kedua kelopak matanya mengenangi air mata”
Sabdanya lagi:
“setiap mata akan menangis pada hari akhirat, melainkan mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang celik berjaga fi sabilillah.”
Yakni, berjihat kerana meninggikan kalimah Allah Ta’ala. Sebenarnya,orang yang menangis kerana Allah s.w.t. itu amat jarang kelihatan dalam kalangan manusia,sehinga darjatnya menjadi sangat tinggi dalam pandangan allah s.w.t. padahal terdapat banyak orang yang menangis setiap hari.
Rasulullah pernah bersabda;
“seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah tidak akan masuk ke dalam neraka, sehingga susu dapat kembali ke dalam puting, ataupun unta dapat masuk ke dalam lubang jarum”
Pada riwayat yang lain:
“tidak akan masuk neraka sesiapa yang keluar dari matanya seperti mata lalat lantaran takut kepada Allah,yakni terlalu banyaknya menangis”.
Rasulullah s.a.w telah menyamakan antara airmata yang mengalir lantaran takut kepada Allah dengan darah yang tumpah kerana berjihat fi sabilillah.
Dalam sebuah riwayat:
“sekiranya pada suatu umat ada seseorang yang menangis keranaNya, nescaya Allah akan merahmati umat itu disebabkan tangisan orang tadi”.
Kini, nyatalah bahwasanya tanggisan itu ada banyak ragamnya. Akan tetapi hanya tangisan kerana takut kepada Allah Ta’ala sajalah yang jarang-jarang dilakukan oleh manusia. Oleh itu hendaklah kita tangisi diri kita kerana takut kepada Allah s.w.t. Andainya tidak boleh menangis juga, maka cubakanlah diri untuk menangis. Tetapi awas, jangan sampai mencampur-adukkan amalan dengan riak’ dan pura-pura, atau dengan menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah di hadapan orang ramai, agar kita tidak jatuh hina dalam pandangan Allah, tuhan seru sekalian alam.
MENANGIS KERANA MENGENANG HARI AKHIRAT
Jika masih sukar juga untuk menangis, maka hendaklah kita gambarkan betapa susahnya untuk menghadapi hal-hal yang akan menimpa diri kita pada hari akhirat kelak,yang ia tidak boleh tidak akan tiba. Sekiranya kita benar-benar telah beriman kepada Allah dan mempercayai segala yang diajarkan oleh nabi Muhammad,Rasulullah s.a.w., maka pastilah kita akan hiba dan menangis, jika kita mempunyai hati yang berperasaan dan akal yang dapat menimbang. Tetapi jika kita tidak mempunyai hakikat-hakikat ini, maka anggaplah diri kita sebagai seekor binatang yang dipelihara dalam kandang, atau yang melata di padang rumput, tiada berguna lagi. Sebab Allah s.w.t. hanya menunjukkan percakapan dan peringtanNya kepada manusia yang berhati perut.
Allah telah berfirman:
37. Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) Yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa Yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau Yang menggunakan pendengarannya Dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) Dengan menumpukan hati dan fikiran kepadaNya.(Qaf:37)
FirmanNya lagi:
29. (Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.(Shaad:29)
FirmanNya lagi di beberapa tempat di dalam Al-quran:
269. Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya.(Al-Baqarah:269)
Perkataan Ulul-Albab itu dimaksudkan dengan orang-orang yang berakal dan yang mengerti. Perhatikankan betapa Allah telah menafikan adanya akal bagi orang-orang yang tiada mengambil peringatan terhadap keterangan-keteranganNya.
Melalui firmanNya yang berikut Allah Ta’ala telah mengkhususkan peringatanNya kepada para ahli taubat; iaitu orang-orang yang sentiasa menyerah dan kembali kepada allah, juga kepada ahli khasyiah,iaitu orang-orang yang jiwanya sentiasa khuatir dan takut kepada Allah Ta’ala. Dan akhir sekali kepada para ahli iman, iaitu orang-orang yang mempercayai Allah dan rasul dengan janji-janjiNya yang benar dan ancamaNya yang dahsyat.
Allah telah berfirman:
13. Dia lah Tuhan Yang memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda keesaanNya dan kekuasaannya (untuk kehidupan rohani kamu), dan Yang menurunkan (untuk jasmani kamu) sebab-sebab rezeki dari langit. dan tiadalah Yang ingat serta mengambil pelajaran (dari Yang demikian) melainkan orang Yang sentiasa bertumpu (kepada Allah).(Al-Mu’min:13)
FirmanNya lagi:
9. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia Dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
10. Kerana orang Yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu; (Al-A’la:9-10)
FirmanNya lagi:
55. Dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman. (Adz-Dzariat:55)
Allah s.w.t. telah melembagakan peringatan seraya memerintah rasulNya supaya menyampaikan kepada manusia umumnya. Manakala manafaat dari peringatan itu dikhususkan bagi hamba-hambaNya dari kaum mu’minin.Seruan itu menjadi hujah dan bukti bagi mereka. Sedang terhadap kaum yang bukan mukmin, ia sebagai suatu alasan untuk menolah hujah-hujah mereka yang salah atau yang batil. Sebab mereka itu telah berpaling dari yang hak sesudah mereka ketahui, dan ingkar terhadapnya sesudah mereka diberi penerangan. Mereka juga enggan menyahut seruan Allah dan rasulNya.
Firman Allah:
5. Dan mereka berkata: "Hati Kami Dalam tutupan Yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa Yang Engkau serukan Kami kepadaNya, dan pada telinga Kami penyumbat (menjadikan Kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara Kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah Engkau (untuk ugamamu), Sesungguhnya Kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! "(Fushshilat:5)
FirmanNya lagi:
42. Dan mereka bersumpah Dengan nama Allah Dengan sebebar-benar sumpahnya: Demi Sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang Yang lebih betul jalan agamanya dari sebarang umat Yang lain. setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran,(Fathir:42)
Demikianlah perumpamaan orang yang diseru Allah kepada mentauhidkan zatNya serta mentaati segala perintah yang diturunkan menerusi lisan rasulNya. Malangnya orang itu menolah pula seruan Allah, seraya takabbur, ingkar dan kufur. Orang yang menunjuk-nunjuk iman dengan lisan dan i’tikad secara zahir sahaja,sedang batinnya ingkar, ialah orang munafiq yang hukumnya sama seperti kafir,yang akan ditimpa kemurkaan dan laknat Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment