DAMBAAN CINTA

UNGKAPAN KATA SELINDUNG HASRAT NAN DI HATI
ANDAINYA DITAFSIR TERSERLAH MAKNA YANG TERSEMBUNYI
RENUNGAN MATA BUKAN PANDANGAN BIASA

BERTAHUN ANDAI TERJALIN HINGGA WAKTU INI
GURAUAN MESRA MENGHIASI MASA TIKA BERSAMA
SEMAKIN BERPUTIK PERASAAN INI

KINI BARU KU SEDARI
SELAMA INI KAU KU SAYANGI
ANDAI BUKAN ITU HAKIKATNYA
MENGAPA RINDU YANG KU RASA
MUNGKIN TIADA KU FAHAMI
TIDAK DAPAT KU NAFIKAN LAGI
BEBAN RAHSIA KIAN MEMBAKAR DIRI

KALIMAH CINTA SELONGKAR RELUNG NAN DICITA
MUNGKINKAH DIBIAR TERDAMPAR KASIH TAK KESAMPAIAN
NALURI BISIK BUKANNYA DAMBAAN CINTA

IKHLAS KU NYATAKAN
KAU YANG KU SAYANGI
KAU YANG KU CINTAI
WALAU TAK MAMPU KU MILIKI
INGIN KU LUAHKAN MUNGKIN SATU HARI
KAN TERBUKA PINTU HATI
DAPAT JUA KAU TERIMA
DIRIKU AKHIRNYA

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari, Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang....sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titianSirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardka n email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

PERIHAL SYAITAN & SEKUTUNYA.

15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita
1- Seorang yg pemarah
2- cintakan dunia
3- kebodohan / enggan menghadiri majlis ilmu
4- suka berangan angan kosong
5- tamak
6- bakhil
7- suka pada pujian
8- riak atau sombong
9- ujub (merasa kagum)/takbur
10- jiwa yg penakut dan selalu gelisah
11- selalu buruk sangka
12- memandang rendah pada orang lain
13- suka berbuat dosa
14- tidak takut akan pembalasan "ALLAH"
15- putus asa / lalai daripada rahmat "ALLAH"

15 Senjata Menghalang Syaitan
1- Mengamalkan ungkapan Bismillah pada perbuatan
2- Banyakkan berzikir
3- Banyakkan Beristigfar
4- Baca "la i'laha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
5- Jangan tidur berseorangan
6- Baca doa pagi dan petang ( selepas solat dsbnya )
7- Selalu Bersugi
8- Melaksanakan solat jemaah
9- Berwudhuk sebelum tidur
10- Menutup aurat
11- Membaca doa masuk tandas.
12- Banyak berselawat pada hati
13- Selau bertaubat & beristighfar
14- Banyakkan membaca Al-Quran
15- Membaca surah Yassin setiap pagi

Rumah2 yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih dari kotoran
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir /ahli rumah menegakkan solat
- Penghuninya jujur dan tidak berdusta
- Penghuninya memakan makanan yang halal dan dari punca yg halal
- Penghuninya mengekalkan silaturahim
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

hidup aku

dalam hati aku hanya ada dia..dia yang pertama..akan tetapi hatiku tersalah...tersalah perhentian.kerana hatinya juga telah menerima insan lain..aku hanya pasrah..walau hati pedih,walau hati terluka dan sakit..aku berharap agar diri semakin tabah..

sunyi!

Sunyi! Aku sunyi!
Pandang ke kanan
Pandang ke kiri
Ramai manusia…
Tapi mengapa aku masih sunyi?
Aku tak tahu apa yang aku cari
Apa yang aku mahukan

Bila sampai sampai waktu makan, aku makan
Bila sampai waktu tidur, aku tidur
Semua perkara yang ku lakukan…
Sama setiap hari…
Ramai orang, ramai teman…
Tapi aku masih sunyi..
Mengapa?

Hari semakin berganjak…
Dan hati semakin bergolak
Mencari kepuasan dalam diri..
Menyelongkar titik sunyi…
Supaya bisa diterobosi..
Menyirnakan kesunyian diri

cinta?

Jika kita mencintai seseorang,
kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita,
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta...

HARI INI

Hari ini ada orang beri nasihat kepadaku. Tentang jodoh dan perkahwinan..dia kata bukan hanya lelaki yang boleh memilih. Perempuan juga. Ada empat perkara yang harus dipertimbangkan. Agamanya, keturunannya, parasnya dan akhlaknya. Aku kagum dengan orang itu sebenarnya. Dia bagi aku terlalu baik.. aku malu dengan diri sendiri kerananya. Terasa begitu kerdil aku jika hendak dibandingkan ilmu dan peribadinya dengan diriku.

Perkenalan kami adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Aku sendiri lupa bagaimana bermulanya perkenalan kami. Kerana pada masa itu, aku belum pernah melihat wajahnya, maka aku tersalah pengertian. Aku fikir dia adalah temanku yang sedang melanjutkan pelajarannya di Mesir. Nama yang sama, belajar juga di tempat yang sama. Mujur aku secara tidak sengaja bertanyakan tentang kepulangannya ke johor. Barulah aku tahu bahawa teman yang sering aku hubungi itu bukanlah temanku yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir. Dia adalah orang yang berbeza. Dia tinggal di perak. Memiliki rupa paras yang biasa sahaja tetapi sedap mata memandang. Sampai ke hari ini, saat aku menulis di sini, aku masih belum mengingati bila pertama kali aku mengenalinya. Ingin sekali aku mengingatinya. Tapi aku tidak bisa. Siapa dia sebenarnya? Bagaimana sebenarnya perkenalan kami ini? Hmm…