HARI INI

Hari ini ada orang beri nasihat kepadaku. Tentang jodoh dan perkahwinan..dia kata bukan hanya lelaki yang boleh memilih. Perempuan juga. Ada empat perkara yang harus dipertimbangkan. Agamanya, keturunannya, parasnya dan akhlaknya. Aku kagum dengan orang itu sebenarnya. Dia bagi aku terlalu baik.. aku malu dengan diri sendiri kerananya. Terasa begitu kerdil aku jika hendak dibandingkan ilmu dan peribadinya dengan diriku.

Perkenalan kami adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Aku sendiri lupa bagaimana bermulanya perkenalan kami. Kerana pada masa itu, aku belum pernah melihat wajahnya, maka aku tersalah pengertian. Aku fikir dia adalah temanku yang sedang melanjutkan pelajarannya di Mesir. Nama yang sama, belajar juga di tempat yang sama. Mujur aku secara tidak sengaja bertanyakan tentang kepulangannya ke johor. Barulah aku tahu bahawa teman yang sering aku hubungi itu bukanlah temanku yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir. Dia adalah orang yang berbeza. Dia tinggal di perak. Memiliki rupa paras yang biasa sahaja tetapi sedap mata memandang. Sampai ke hari ini, saat aku menulis di sini, aku masih belum mengingati bila pertama kali aku mengenalinya. Ingin sekali aku mengingatinya. Tapi aku tidak bisa. Siapa dia sebenarnya? Bagaimana sebenarnya perkenalan kami ini? Hmm…

0 comments:

Post a Comment