inilah wajah seorang ayah..
kulihat wajahnya..yang dulu segak dan kacak..
semakin bertambah kedut-kedut diwajahnya...
tangan yang dlu gagah mendukung..kini semakin hari semakin lemah..
dulu dia orang yang sangat bekerja keras..
sama seperti kini..
tetapi alangkah perit hatiku..
tatkala mendengar suara batuk-batuk kecil di malam hari..
dek kepenatan dan kepanasan siang hari..
semakin bertambah sayu hatiku..
tatkala kaki yang dulunya diurut oleh ku..
semakin kurus...kerana dimamah usia..
ya, ayahku sudah semakin tua..
sedih dan sayu aku..
semakin bertambah usianya, semakin bertambah bebanannya..
aku pilu..aku terkedu..
aku sendiri buntu..
andai aku bisa menggantikannya...
hmm...aku rindu padanya..
mata yang mempunyai jiwa yang terlalu halus..
lebih halus berbanding diriku..
aku hanya berharap moga dirinya bahagia..
walau pelbagai keperitan semakin bercambah..
semoga Allah menerima segala amalnya..
segala penat, lelah, titik peluh dan jerihnya
yang telah dicurahkannya kepada semua anak-anaknya..
Amin...