1) Golongan yang tidak bersembahyang. Golongan ini menurut hadith tergolong di dalam Golongan yang Kafir (ingkar).
2) Golongan yang mengerjakan sembahyang tanpa ilmu. Tidak kenal syarat sah dan rukun solat. Mereka ini adalah Golongan yang Jahil.
3) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang, faham tentang ilmu sembahyang tetapi oleh kerana tidak boleh melawan nafsu dan godaan dunia, mereka mengerjakan sembahyang secara tidak istiqomah. Inilah Golongan Fasik.
4) Ada golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang walaupun ilmunya tepat, tapi waktu mengerjakan sembahyang tidak khusyuk dan cuai. Ini adalah Golongan yang Lalai.
5) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang bertepatan dengan ilmunya, kemudian dapat menumpukan bacaannya di setiap perkataan dan lafaz yang diucapkan, tapi tidak pula dapat memahami setiap perkataan atau lafaz yang diucapkan. Ini adalah Golongan Awamul Muslimin (orang awam).
6) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang sentiasa tarik tali di antara mengingati bacaan sembahyang dengan tidak. Ingat dan lalai silih berganti, mereka tidak mahu begitu tapi terjadi juga, maka terpulanglah kepada ALLAH Taala. Inilah Golongan Mujahadah.
7) Golongan yang mengerjakan ibadah sembahyang selain ilmunya tepat, dapat mengikut makna-makna setiap perkataan yang dibacanya di dalam sembahyang. Inilah Golongan Orang-Orang yang soleh.
8) Golongan ini sama seperti golongan yang ketujuh tadi, tapi kelebihannya mereka dapat menghayati dan menjiwai setiap makna atau pengertian yang dibaca pada setiap perkataan atau lafaz yang dibacanya. Inilah Golongan Muqarrabin.
9) Golongan ini selain dapat memahami dan menjiwai setiap makna sungguh-sungguh hingga asyik, mereka tenggelam dan mabuk dengan Tuhan sama ada mabuk takut atau mabuk rindu hingga alam sekelilingnya dan dirinya tidak disedarinya lagi. Inilah Golongan Siddiqin.
Hanya sembahyang golongan yang ketujuh, lapan, dan Sembilan sahaja yang benar-benar dapat membina peribadi agung. Berusahalah agar sembahyang anda dapat ditingkatkan sehingga ke peringkat tersebut kerana sembahyang peringkat inilah yang akan dinilai oleh ALLAH SWT.
0 comments:
Post a Comment